Vitamin B Shaklee untuk Kurangkan Stress

Vitamin B untuk kurangkan stress

Banyak punca yang menyebabkan stress antaranya anda mungkin kekurangan Vitamin B dalam tubuh anda. Kajian dari University Swinburne, Melbourne mendapati bahawa, peserta yang mengambil suplemen Vitamin B Complex memperoleh 20% pengurangan dalam tekanan kerja yang berkaitan. Manakala peserta kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam tahap tekanan mereka.

 

Vitamin B bukan terdiri dari 1 vitamin sahaja tetapi ianya adalah sekumpulan 8 vitamin B yang terdiri daripada:

  1. Folat/Asid Folik (Vitamin B9)
  2. Vitamin B6
  3. Biotin
  4. Asid Pantotenik
  5. Niasin (Vitamin B3)
  6. Tiamin (Vitamin B1)
  7. Riboflavin
  8. Vitamin B12

Dalam artikel ini, saya akan fokus bagaimana setiap Vitamin B ini dapat bantu anda menguruskan stress. Bagaimana Vitamin B ini dapat bantu menyokong badan anda semasa anda sedang stress dan mengapa Vitamin B ini penting dalam pengurusan stress anda.

Folat/Asid Folik (Vitamin B9)

Makanan yang kaya dengan folat/asid folik termasuk sayuran berdaun (seperti kangkung, brokoli dan salad)  okra, asparagus, buah buahan (seperti pisang, tembikai dan lemon) kacang, yis, cendawan, daging (hati dan kidney) jus oren dan jus tomato.

Folat/Asid Folik diperlukan untuk:

  • bantu masalah sukar tidur.
  • mengawal stress/depression
  • penghasilan tenaga
  • ia sangat diperlukan oleh tubuh kerana ia terlibat dalam penghasilan DNA dan banyak fungsi tubuh yang lain.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Makanan yang kaya dengan Vitamin B6 adalah makanan yang kaya dengan protein seperti ayam turki, kekacang, kentang, kangkung, dan biji bijirin.

Vitamin B6 diperlukan untuk:

  • bantu kawal emosi ibu hamil.
  • bantu kurangkan simptom ‘morning sickness’ ibu hamil.
  • penghasilan tenaga
  • membantu menghasilkan neurotransmitter, seperti serotonin, yang membantu dalam keupayaan tubuh untuk menghadapi kemurungan, tekanan dan kebimbangan.
  • menyokong sistem imun.

Biotin (Vitamin B7)

Biotin mudah didapati dengan jumlah yang kecil dalam kebanyakkan makanan.

Biotin diperlukan untuk:

  • bantu kurangkan gejala sistem saraf termasuk kemurungan, keletihan, halusinasi,

Asid Pantotenik (Vitamin B5)

Asid Pantotenik mudah didapati dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan termasuk daging, sayur-sayuran, bijirin bijirin, kekacang, telur, dan susu.

Asid Pantotenik diperlukan untuk:

  • sebagai pelindung terhadap tekanan dan kebimbangan mental dan fizikal.
  • menyokong sistem imun.

Niasin (Vitamin B3)

Niasin mudah didapati dalam makanan seperti yis, daging, ikan, susu, telur, sayur-sayuran hijau, kacang-kacangan, dan bijirin bijirin.

Niasin (Vitamin B3) diperlukan untuk:

  • halusinasi akibat ubat-ubatan, penyakit Alzheimer, sindrom otak yang kronik, dan kemurungan.
  • meningkatkan pencernaan dan memberi rasa tenang.

Tiamin (Vitamin B1)

Tiamin (Vitamin B1) mudah didapati dalam makanan seperti yis, biji bijirin, kacang, kacang, dan daging.

Tiamin (Vitamin B1) diperlukan untuk:

  • mengekalkan kesihatan saraf.
  • mengatur mood
  • penghasilan tenaga
  • mempunyai peranan penting untuk daya ingatan dan konsentrasi.

Riboflavin

Riboflavin mudah didapati dalam susu, daging, telur, kacang, tepung, dan sayur-sayuran hijau

RIboflavin diperlukan untuk:

  • penghasilan tenaga
  • menyokong sistem imun

VITAMIN B12: CYANOCOBALAMIN

Sumber makanan termasuk ikan, daging (terutama hati), ayam dan tenusu.

Vitamin B12 diperlukan untuk:

  • sokongan otak umum.
  • menyokong pengeluaran melatonin dan serotonin (kedua-duanya adalah kritikal untuk mood, bersantai dan tidur).

 

PERLUKAH KITA AMBIL SUPLEMEN VITAMIN B COMPLEX.

Vitamin B sama juga seperti Vitamin C, ianya tidak disimpan di dalam badan seperti vitamin n mineral lain. Sekiranya Vitamin B yang anda ambil tidak diserap oleh tubuh, ianya akan dikumuhkan dalam masa beberapa jam. Oleh itu, pengambilan suplemen Vitamin B Complex adalah sangat digalakkan. Malah, para penyelidik menyatakan ianya mungkin cara berkesan untuk mengurangkan tahap stress anda atau sekurang-kurangnya tubuh anda peroleh nutrisi yang betul untuk tangani masalah stress anda.

Vitamin B Complex Shaklee menyediakan kesemua 8 jenis Vitamin B dalam 1 botol!

Vitamin B Shaklee untuk Stress

> Lagi info Vitamin B Complex Shaklee di SINI. <<

> Bagaimana Vitamin B Complex Shaklee bantu masalah anemia di SINI <<

sumber rujukan: www.webmd.com, www.shaklee.com.my, www.naturesway.com

.

📞Sebarang pertanyaan dan order: www.wasap.my/60165952771

 COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
 Delivery seluruh Malaysia
 Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *