Makan Malam Untuk Kuruskan Badan.

10 Panduan makan malam untuk kuruskan badan.

  1. Utamakan makanan seimbang – ikut piramid makanan.
  2. Kurangkan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak kerana boleh menyukarkan proses penghadaman.
  3. Jumlah kalori yang diperlukan ketika makan malam adalah 400 hingga 500 kalori sahaja. Oleh itu, pilihlah makanan yang menyediakan jumlah kalori seperti yang diperlukan.
  4. Lebihkan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  5. Waktu makan malam yang ideal adalah pada pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Usahalah untuk makan pada waktu tersebut walaupun anda sibuk dengan tugas harian. Pastikan anda ambil makanan yang ringkas tetapi berkhasiat dan seimbang serta kurangkan pengambilan karbohidrat.
  6. Sebaik-baiknya makan 4 jam sebelum tidur kerana pengambilan makanan hampir waktu tidur akan menyebabkan rasa tidak selesa dan pedih ulu hati. Jika berasa lapar, boleh ambil snek ringan seperti buah0buahan, roti, biskut, kekacang atau segelas susu suam.
  7. Elakkan makan sambil menonton kerana anda mungkin tidak sedar berapa banyak yang anda telah makan.
  8. Elakkan minum teh atau kopi selepas makan malam.
  9. Minum air kosong sebelum makan kerana ia memberi rasa kenyang sekaligus anda akan kurang makan.
  10. Sekiranya anda menghadiri jamuan makan, makanlah berpada-pada dan sederhana. Ambil makanan dengan saiz hidangan yang kecil dan pilih yang berkhasiat seperti buah-buahan dan air kosong. Tidak perlu makan semua hidangan.

Ketahui Bagaimana Saya Diet Dengan Shaklee Di Sini >> DIET DENGAN SHAKLEE.

Cadangan Menu Makan Malam Untuk Kurus

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *