13 Khasiat Buah Betik untuk Kesihatan.

 

khasiat buah betik

13 Khasiat Buah Betik

 

1. Buah betik kaya dengan vit C.

Memudahkan proses penghadaman & mengelakkan sembelit.

2. Pucuknya direbus dijadikan ulam.

Air rebusan daun betik melegakan perut dengan keluarkan angin. .

3. Panggang daging dibalut dengan daun betik cepat melembutkan daging tersebut…..

ramai try…..lembut sungguh daging tu!!

4. Merawat jerawat & kedutan

buah betik yang dilumat ditampalkan setengah jam sebelum mandi.

5. Pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

Boleh cuba.

6. Getah buah betik muda disapu & rawat tumit yang pecah.

Boleh cuba.

7. Betik pengurangan berat badan; menghaluskan kulit & wajah sentiasa awet muda.

Boleh cuba.

8. Daun betik ada dekstrosa, Parpain Enzime, karbohidrat, serat dan kalsium.
9. Daun betik dilayur atas api dapat ubati sakit2 otot bila dilekapkan pada bahagian sakit.

Bagi mengubati sakit sendi…Minum air perahan dari daun muda betik yg ditumbuk & dicampurkan perahan limau nipis boleh membantu.

10. Daun betik tua, dibuat jus untuk ubati penyakit denggi.

Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik tapi masih dlm kajian Kementerin Kesihatan.

11. Biji betik diguna menyingkirkan cacing gelang & cacing kerawit pada kanak2.

Caranya: ambil segengam biji betik & tumbuk hancur kemudian direbus & diminum oleh kanak2, tetapi tidak berapa sesuai untuk wanita mengandung.

12. Getah daripada daun, buah atau batang untuk ubati kaki pecah-pecah.

Sapu getahnya pd tempat berkenaan. Getah betik juga melegakan kesakitan gigi berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi atau buh dengan kapas.

13. Dapat hentikan pendarahan pada  luka.

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan garam & kemudian dilekapkan ditempat luka & dibalut dapat hentikan pendarahan.

Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181.

sumber: https://www.facebook.com/drrich.drrahim

edited: admin.

You may also like...

2 Responses

  1. ainniah says:

    byknya khasiat betik!!!
    tq for sharing… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *